RSS

Saturday 9 March 2013

menawan hati

Gabungan warna harmoni


Bow blaus coklat muda ini digayakan bersama palazzo hijau muda menjadikan warna blok ini nampak sofistikated.
WANITA yang mengenakan hijab tidak semestinya terkongkong dalam dunia fesyen yang menyekat anda daripada bergaya. Anda juga berhak untuk bergaya asalkan bijak menyesuaikan fesyen yang digayakan sesuai dengan status anda.
Cuma apabila berhijab, anda harus memahami tuntutan agama bahawa seorang muslimah harus menutup aurat dan memakai pakaian yang mengikuti ciri yang dikehendaki oleh syarak.
Pun begitu, bagi muslimah yang sememangnya suka bergaya, masih boleh mengekalkan gaya moden lagi sofistikated dengan ilham fesyen daripada Butik Keude Haluih by Yarra Shoppe.
Kuede Haluih milik Farhani Hasbullah yang berasal dari Alor Setar, Kedah dibuka di negeri tersebut pada tahun 2011. Setahun selepas itu membuka butik keduanya di Jakarta Selatan, Indonesia memandangkan banyak permintaan daripada wanita di negara jiran itu.
Menyediakan pakaian untuk gaya kasual juga untuk makan malam yang bertema, gaya muslimah moden daripada Keude Haluih turut sesuai untuk dipakai ke pejabat bagi wanita yang berani dan gemar kepada warna-warna terang.
Ini kerana warna-warna blok masih lagi menjadi pilihan ramai atau trend fesyen terkini.
Selain mengenakan sepasang warna blok, anda juga boleh membuat kombinasi warna dengan menggabungkan warna blok bersama warna pastel bagi mewujudkan warna-warna harmoni.
Rekaan yang dihasilkan sendiri oleh Farhani ini bukan hanya sesuai bagi muslimah malah untuk semua.
Memilih jenis fabrik seperti syifon, ceruti dan kashibo, Farhani akan menghasilkan rekaan terbaru setiap dua minggu sekali. Malah kadang-kadang dalam seminggu sudah ada rekaan terbaru di butiknya itu.
Selain itu, Keude Haluih by Yarra Shoppe turut menjual aksesori import dan selendang pada harga yang amat berpatutan.
Anda yang berminat, boleh membeli secara dalam talian melalui facebook keude haluih.

0 comments:

Post a Comment