RSS

Sunday 10 March 2013

Gaya selesa selendang sifon

SELANGOR - tudung daripada selendang sifon dilihat kembali menjadi pilihan.
KEPELBAGAIAN kain tudung yang ditawarkan di pasaran hari ini memberi banyak pilihan gaya kepada si pemakai.
Tidak kira sama ada bergaya ringkas mahupun dengan lilitan yang kelihatan kompleks. Tidak dinafikan juga tudung adalah pelengkap kepada pakaian wanita muslimah.
Hari ini wanita-wanita yang bertudung boleh memilih sama ada ingin menggayakan tudung yang mudah dan cepat ataupun tudung yang boleh dipelbagaikan gaya pemakaiannya.
Sebenarnya, trend semasa turut mempengaruhi jualan tudung di pasaran dan hari ini tudung daripada selendang sifon dilihat kembali menjadi pilihan.
Bagi Nazira Noran yang merupakan seorang usahawan dalam talian, tudung daripada selendang sifon kini semakin digemari dan dicari-cari kerana teksturnya yang lembut serta mudah dibentuk, beralun dan ringan, sekali gus memberi keselesaan berpanjangan.
Selain itu, ia juga tidak mudah berkedut dan mudah digayakan. Dalam pada itu, Nazira memberi sentuhan istimewa kepada selendang sifon ini dengan menghasilkan tudung yang mudah dipakai iaitu pasang siap.
Walaupun tudung yang dihasilkan ini merupakan selendang, tetapi di dalamnya telah pun diletakkan anak tudung yang dijahit bersama dan diperbuat daripada kain lycra.
Selain itu, pemakaian tudung sifon daripada selendang juga boleh digayakan tanpa memakai anak tudung.
Menghasilkan dua jenis selendang sifon iaitu biasa dan juga eksklusif, Nazira memberitahu reka bentuk serta corak yang dihasilkan adalah pelbagai dan terkini.
Memandangkan tudung ini adalah selendang, maka si pemakai boleh menghasilkan pelbagai gaya dengan satu tudung sahaja.
"Tudung sifon ini senang dipakai, tidak berkedut di bahagian muka, menutupi dada serta tidak melekat.
"Ini kerana ia adalah selendang dan ia panjang dan boleh menghasilkan pelbagai gaya mengikut kehendak si pemakai itu sendiri.
"Tudung ini juga boleh dibasuh tangan dan awningnya tidak mudah patah kerana ia daripada jenis full cap chiffon," katanya sambil memberitahu tudung jenis ini sesuai digayakan ke mana-mana majlis termasuk ke pejabat.
Memasarkan produk melalui laman sesawang www.nazira.biz, anda boleh melihat pelbagai jenis produk yang dijual.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk daripada laman sesawang Nazira, boleh layari laman webnya atau menghantar pesanan serta what app di talian 017-8842205.

 http://www.utusan.com.my/utusan/Feminin/20130302/fe_01/Gaya-selesa-selendang-sifon#ixzz2N7xKQYaf
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:

Post a Comment