RSS

Sunday 10 March 2013

HIJAB

Hijab dan busana Muslim

21 November 2012
Hijab dan busana Muslim
KUALA LUMPUR -Bagi penggemar-pengemar fesyen Muslimah beberapa isu tipikal harus difahami.
BERTUDUNG  atau berselendang adalah antara pilihan untuk wanita Islam menutup kepala sehingga tidak kelihatan sehelai rambut pun.
Akan tetapi menutup kepala atau rambut dalam konteks berhijab dalam Islam harus lebih daripada itu. Yang dititikberatkan ialah bagaimana harus kepala termasuk rambut dan anggota yang berkaitan juga perlu di tutup agar memenuhi keseluruhan tuntutan syariah.
Mungkin ramai yang tidak tahu apabila kita berhijab kepala merupakan anggota pertama yang harus di tutup untuk memberi maklum kepada awam ini wanita Islam dan ini adalah imej wanita Islam.
Apabila membicarakan hijab menutup kepala dalam konteks patut syariah sudah semestinya menutup keseluruhan telinga, leher, tengkuk sehingga ke paras bawah dada agar perhiasan wanita iaitu payu dara harus di tutup kerana ia adalah sebahagian daripada aurat wanita.
Inilah yang di atakan tipikal atau biasa bila membicarakan hijab, tudung atau selendang dalam penampilan wanita bertudung atau wanita Islam.
Bicara aurat wanita
Bagi penggemar fesyen Muslimah isu tipikal harus difahami kerana kita bicara perkara pokok aurat wanita ia harus di tutup maknanya tidak menampakkan bentuk atau kulit?
Ini yang membezakan wanita Islam daripada wanita bukan Islam. Tiada salah untuk membawa perubahan dalam penampilan hijab atau cara bertudung tetapi perkara pokok atau asas daripada aspek menutup aurat itu harus difahami dan diamalkan bila berhijab.
Satu perkara yang harus difahami semua wanita Islam bila bicara tentang penampilan Muslimah patuh Syariah harus jadi pegangan.
Acap kali berbusana Muslim pertanyaan peribadi harus bermain di fikiran dan hati secara jujur mesti bertanya  apakah penampilan ku patut Syariah? Memahami konsep penutup aurat harus betul dan berada di landasan yang benar.
Menutup keseluruhan tubuh badan dimaksudkan aurat wanita kecuali wajah dan tapak tangan sahaja boleh di perlihatkan. Menutup aurat termasuk menutup bentuk tubuh badan dan segala anggota yang disenaraikan dalam aurat.
Oleh yang demikian bila menutup kepala maksudnya keseluruhan kepala dan yang boleh nampak pada umum hanyalah wajah sahaja.
Keistimewaan penampilan wanita Islam menutup aurat adalah berpandukan hukum yang diperuntukkan ALLAH dan cara menutupnya berbeza, namun anggota yang perlu ditutup tetap sama bagi semua wanita yang sudah baligh.
Berbeza dengan wanita bukan Islam mereka boleh berpenampilan mengikut cita rasa pereka busana yang berpandukan imaginasi atau inspirasi yang bersumberkan apa sahaja. Dan apabila mereka menghasilkan rekaan mereka pasti ia bertujuan untuk menarik perhatian kepada tubuh atau bentuk badan yang hendak di tonjolkan atas nama cantik.
Kecantikan wanita
Faktor cantik menarik perhatian dalam penampilan busana Muslim adalah untuk melihat fabrik dan kerja tangan atau corak dan hasil pada fabrik tidak pada tubuh atau bentuk anggota lain di tubuh wanita Islam. Pereka busana Muslim mereka berpandukan kayu ukur yang ditetapkan menurut syariat Islam.
Jadi busana Muslim itu kelihatan tipikal kerana ia terhasil daripada lingkungan agama yang membataskan menurut hukum Allah dan oleh yang demikian kita lihat tudung itu hanya berbeza fabrik atau saiz dan ikatan tetapi ia masih dikatakan tipikal atau biasa sahaja dari segi penampilan dan fesyennya.
Kini kerana tidak mahu dikategorikan sebagai tipikal Muslim fesyen maka topi serban dan pelbagai lagi fesyen menutup rambut dan kepala di hasilkan namun leher, tengkuk dan telinga secara fizikal tidak kelihatan namun bentuknya masih terdedah. Jadi fesyen ini adalah tipikal dalam dunia fesyen barat dan mereka boleh berpenampilan dengan bahan aksesori ini tanpa batasan.
Apakah kita harus mengambil idea dan sentuhan busana bukan Islam yang dikatakan layak kita menobatkannya sebagai fesyen Muslim moden untuk membezakan kita dengan fesyen tipikal golongan busana Muslim yang sepatutnya patut syariah dikategorikan sebagai kuno atau ketinggalan zaman dan tidak mengikut gelombang fesyen busana arus perdana?
Kekeliruan pemahaman mengenai tujuan dan fungsi busana Muslim dan hijab ini timbul kerana terlalu ghairah hendak menjadi pelopor dan peneraju fesyen Busana Muslim terkini. Tidak salah jika berniat demikian tetapi jangan digadai imej dan maruah wanita Islam kerana hendak mengejar pasaran dan ekonomi semata.
Jangan meniru
Negara Islam semasa empayar Uthmaniah lagi sudah menjadi peneraju kemajuan termasuk busana tekstil dan fesyen. Apa yang diangkat ialah seni jahitan tangan serta kehalusan jahitan sulaman dan les.
Tudung dan selendang serta busana Muslim tetap sama dari zaman kedatangan Islam hanya tekstil dan perhiasan pada pakaian itu yang diangkat untuk memberi kesan mewah dan gah pada jahitan yang dihasilkan serta corak yang direka.
Walaupun zaman kegemilangan Islam melahirkan pelbagai bijak pandai dalam segala bidang namun kemahiran yang di anugerahkan kepada umat Islam zaman itu digunakan untuk menghasilkan fabrik tenun dan pakaian bertujuan untuk menutup aurat dan bentuk tubuh wanita dengan lapisan kain-kain yang dikait, ditenun dan dijahit bersulam, manik dan les untuk memperlihatkan keindahan fabrik bila terletak cantik di atas tubuh badan kaum laki-laki dan wanita.
Konsep keindahan corak dan fabrik serta jahitan kini direka untuk menonjolkan kehebatan tubuh badan wanita dengan memberi penekanan kepada aurat wanita agar kelihatan menarik dan terpesona mata memandang. Itulah pendekatan barat yang juga di diamalkan oleh pereka busana Muslim.
Tersalah konsep dan pemahaman tentang busana Muslim dan hijab pada hari ini maka lahirlah busana Muslim yang tidak ada perbezaan dari segi fesyen, potongan dan pilihan fabrik juga tidak berbeza cuma pada perhiasan kepala di beri topi dan serban yang digayakan dengan busana Muslim yang masih tidak patuh syariah


http://www.sinarharian.com.my/famili/hijab-dan-busana-muslim-1.105724

0 comments:

Post a Comment